CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 10, 2011

Masa yang sesuai untuk berselawat



Terdapat sejumlah hadis Nabi yang menjelaskan mengenai tempat-tempat dan waktu-waktu yang dituntut kita supaya membaca selawat.



  1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar daripadanya.
  2. Sesudah azan.
  3. Sesudah membaca tasyahhud akhir.
  4. Pada permulaan doa dan akhirnya.
  5. Dalam solat jenazah.
  6. Antara takbir-takbir solat hari raya.
  7. Pada akhir qunut,dan pada hari Jumaat.
  8. Ketika berziarah ke kubur Nabi Muhammad SAW.
  9. Di dalam kuthbah.
  10. Ketika akan memulai sesuatu pekerjaan yang baik atau urusan yang penting dan berharga.
  11. Ketika telinga berdengung.
  12. Ketika orang menyebut (mendengar) sebutan nama Nabi Muhammad SAW.
  13. Ketika kesusahan dan tertimpa cubaan.
  14. Setiap waktu pagi dan petang.
  15. Setiap mengadakan majlis.
  16. Sesudah bertalbiah.
  17. Ketika berjumpa dengan sahabat handai.

0 comments: