In the name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful
Facts 1:
Tidak ada orang yang mati kerana berdengkur. Fenomena yang di alami kira-kira 15% orang dewasa berusia antara 30 hingga 70 tahun di seluruh dunia. 24% lelaki dan 9% adalah dari perempuan.Tetapi apa yang orang ramai tidak ketahui, gejala nafas terhenti sewaktu berdengkur dikatakan boleh memendekkan nyawa.
Aku x rasa guy byk berdengkur. Macam equal je kot skrg.
Facts 2:
Masalah dengkur lazimnya di alami oleh kaum lelaki dan individu berlebihan berat badan. Namun ia turut berlaku di kalangan wanita,pada semua peringkat lapisan umur.Dengkuran merupakan bunyi pernafasan yang bising ketika tidur. Ia menandakan terdapat halangan dalam saluran pernafasan.
Orang gemuk montel lagi kuat dengkur la nih? Ye ke? Ada je kot orang kurus yang ada this problem tapi maybe diorang tak sedar. Ye lah kn,bajet org badan besar je yg ada problem ni. My suggestion,before tidur tu start record dulu. Then,pagi besok dengar balik. Ada x bunyi2an.
Facts 3:
Gejala nafas terhenti sewaktu tidur disebut apnea dan ianya berlaku apabila pesakit yang sedang berdengkur berhenti berdengkur. Ketika itu mereka akan berhenti bernafas seketika antara 10 hingga 30 saat atau lebih lama. Ya, dengkur tidak membunuh,tetapi apnea inilah yang boleh memendekkan nyawa.
OoO. Macam tu ke?
PS: I bet ramai yg tensen kalo "jiran" sebelah berdengkur cam bunyi motorbot. Perghh,mesti tensen kan? Tambah2 pulak mlm tu korg penat giler lps seharian keje.
0 comments:
Post a Comment